Selamat Datang ke Laman Taman Herba Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor

Herba : Kantan



Nama Saintifik: Phaeomeria Speciosa Koord

Info :- 

Famili: Zingiberaceae Sama Seperti Tanaman Halia, Lengkuas Dan Dari Jenis Pokok Herba.

Asal : Malaysia

Ciri- ciri : Daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal. Tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah kecuali kawasan bertakung. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih.  Bunga kantan berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Mula berbunga selepas 9 bulan di tanam dan bunga kantan yang matang dipotong sepanjang 30 cm. Kantan mempunyai pelbagai khasiat seperti seperti Protein, Vitamins dan Serat.

Kegunaan dan Kebaikan: 

- Buahnya boleh merawat penyakit telinga, menambah selera makan, mengurangkan rasa kurang bermaya.

- Jus bunga diminum dan dimakan mentah untuk tujuan mewangikan badan.

- Daunnya digunakan untuk mencuci kudis,lebam dan luka..dan juga boleh digunakan dalam mandian wanita selepas bersalin.

- Batang lembutnya boleh dimakan dan direbus untuk mandian dan mewangikan badan, menghilangkan lendir dan kahak pada tekak dan mengubati penyakit bengkak-bengkak.

- Biji-biji bunga mampu mengubati sakit telinga

Sumber : Khasiat Herba. Diambil dari Http://Www.Khasiatherba.Com/Ulam/Khasiat-Bunga-Kantan.Html
M Anem (2010). Petak Semai (blogspot)