Selamat Datang ke Laman Taman Herba Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor

Herba : Kayu Manis



Nama Saintifik : Cinnamomum Zeylanicum 

Info :-

Famili : Lauraceae 

Nama Lain : Cinnamon, Ceylon Cinnamon, Gui, Gui Zhi (China), Cassia 
 
Kawasan pertumbuhan : Malaysia, Thailand dan Indonesia

Asal:  Sri Lanka, dahulunya dikenali sebagai Ceylon, manakala pokok kayu manis (Cassia) juga amat berkait rapat dengan pokok kayu manis berasal dari China.

Sejarah Ringkas :

- Perdagangan Kayu manis cinnamon (atau cassia) telah dikawal oleh Venice pada abad ke-13 dan 14, menyebabkan bandarnya menjadi sangat kaya.

- Orang Mesir menggunakan kayu manis dalam pengawetan mayat, kerana asid cinnamic (dan juga mur) mempunyai kesan antibakteria

Ciri-ciri : jenis kecil tropika malar hijau yang tumbuh sehingga 20 - 30 kaki tinggi, dengan kulit kayu dan daunnya beraromatik.


Kegunaan dan Cara Penggunaan : 

- Sebagai perubatan aroma terapi

- Melawaskan pembuangan

- Ubat penahan sakit

- Dapat membantu dalam penghadaman apabila diambil secara dalaman (Alzina, 1668).

- Ia juga digunakan pada perut kembung dan sebagai Pelepasan (kahak atau hingus) daripada paru-paru dan keluar melalui mulut (expectorant). 

- Mempunyai ciri-ciri ubat aplikasi luaran yang menghasilkan kemerahan pada kulit (rubefacient) dan digunakan sebagai ubat sakit kepala dan sakit sendi (Guerrero, 1921). 

- Juga dikunyah untuk masalah perut, dan digunakan dalam penyakit tuberkulosis (Quisumbing, 1978).

Khasiat dan Rawatan Penyakit: 

- Minyak kulit kayu manis didapati mempunyai aktiviti antibakteria yang tinggi terhadap Staphylococcus aureus ATCC 25923.

- Menurunkan kadar gula darah ( pesakit kencing manis, diabetes)

- Meningkatkan metabolisme glukosa dan insulin

- Kesihatan penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut

- Melegakan ketidakselesaan berkaitan dengan kitaran haid

- Melancarkan peredaran darah(memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan memperbaiki peredarannya)

- Membantu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria bahaya, yang mana membuat rempah ini berguna untuk mencegah jangkitan saluran kencing, kerosakan gigi, penyakit gusi, dan lain-lain masalah bakteria.

- Sifat terapeutik dan manafaat tertentu dilaporkan apabila digunakan secara dalaman, dalam bentuk  minuman teh herba (infusi) bagus untuk mengubat cirit-birit, menghilangkan  loya  semasa hamil, menopaus, memanaskan badan, yis jangkitan, pendarahan Rahim, jangkitan kulat dan mengurangkan berat badan.


Sumber: Drs. H. Arief Hariana (2008). Tumbuhan Obat dan Khasiatnya
HA Hariana (2005) 
Herba dan Tumbuhan (2012). Kayu Manis dan Khasiat Kegunaan. Diambil dari http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/08/kayu-manis-khasiat-dan-kegunaan.html
Laman Agro (2013). Diambil dari http://lamanagro.blogspot.my/2013/03/kulit-kayu-manis-ambil-jer-depan-rumah.html