Nama Saintifik : Zingziber zerumbet
Info :-
Asal : Tumbuhan ini berasal dari India, disebarkan ke arah timur melalui Polynesia dan diperkenalkan ke kepulauan Hawai melalui kanoe oleh penetap Polynesian awal.
Ciri-ciri : Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Kegunaan : Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba. Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati kurang selera makan , bau badan dan gaut.
Sumber : Wikipedia. Diambil dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Lempoyang