Nama Saintifik : Phyllanthus pulcher
Info :-
Famili : Euphorbiaceae
Ciri-ciri : Mudah hidup dan boleh dijadikan sebahagian landskap menghiasi laman rumah. Tumbuhan semak ini boleh tumbuh setinggi 60 cm. mempunyai bunga halus kira-kira 0.5 cm panjang, bewarna merah dan buah yang kecil. Hidup dengan baik di tempat terbuka. Dipercayai dapat mengubati sakit gigi, melecur, panas badan dan sakit perut.
Khasiat dan Cara Penggunaan :
- Sakit Gigi – Titikkan getah dari daun naga buana selepas dipetik terus pada gigi yang sakit.
- Melecur – kisar atau hancurkan beberapa helai daun naga buana sebelum ditampalkan pada bahagian yang sakit.
- Menjadikan barut perut – Lumatkan daun serta campurkan daun dengan jadam. Kemudian, tempelkan pada perut.
Sumber : Gururaj Bagalkotkar (2007)
